Laman Utama Hubungi Kami
Language

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

PENGEDAR DAN STOKIS  
  Rangkaian Goji & Lain-lain

”Sebelum ini, saya menghidap penyakit lumpuh & strok. Sejak menggunakan Goji sejak 17 Oktober 2009, penyakit saya beransur pulih dan keadaan kesihatan buah pinggang saya pun semakin baik..”
En Majeed Bin Darus, Perlis

” Masalah saya ialah selalu sakit pinggang. Bermacam ubat tradisional saya cuba langsung tidak berkesan. Jadi, saya menggunakan Goji Cofee with Eucommia. Setelah mengamalkan selama 3 bulan, badan saya menjadi ringan & sakit pinggang semakin berkurang.”
En Abdul Rahman Bin Saad, Permatang Pauh, Pulau Pinang

“Saya bekerja sebagai pegawai kerajaan. Apabila kerap menghadiri majlis keraian, saya kerap dihidangkan dengan masakan yang sedap & manis. Hasilnya, saya menghidap penyakit darah tinggi, kolestrol tinggi, gout & kaki bengkak. Tahun 2007, saya menghidap kencing manis pula & paras gula bertambah. Saya mencuba bermacam-macam ubat tradisional, hasilnya langsung tiada malah kerap mengantuk & badan tidak bermaya. Jadi, setelah diperkenalkan Goji Cofee with Eucommia, Yang Yen Bao & Teh Rooibos kepada saya, darah tinggi & kolestrol saya berkurangan, gout & kencing manis beransur pulih malah kaki saya tidak bengkak lagi. Inilah keajaiban Goji. Daripada susah bergerak untuk sembahyang, sekarang saya boleh bergerak secara normal. Alhamdulillah..”
Ustaz Kassim Bin Ahmad, Pesara Kerajaan, Alor Setar, Kedah

“Sejak berumur 42 tahun, kulit saya kerap gatal seluruh badan terutama bahagian kaki. Apabila kerap menggaru, ia menjadi kudis & bernanah. Saya turut menghidap penyakit kencing manis. Sehingga tahun 2007, seorang hamba Allah memperkenalkan saya dengan produk Goji. Saya pun mencuba dan akhirnya selepas cek dengan doktor, tahap kencing manis berkurang dari 30 ke 16 dalam hanya seminggu. Kulit saya yang berkudis menjadi kering. Saya bersyukur kerana dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa semula..”
En Wan Mohd Zuwawi B Hj Wan Abdullah (64tahun), Kg Selising, Kelantan.

“Saya telah menghidap kencing manis selama 20 tahun. Ketika berada di hospital, saudara saya telah memperkenalkan produk Goji kepada saya. Ia menjadi amalan saya di hospital. Tanpa dijangka, doktor mengesahkan tahap kencing manis saya semakin berkurangan & mereka amat terkejut apabila memaklumkan kesannya kerana mengamalkan produk Goji. Malah, kandungan kolestrol semakin menurun. Paling menarik dalam usia sebegini, bila tidak makan, badan saya tetap bertenaga, tidak letih & tidak lapar. Tekanan darah pun makin molek & berat badan sudah berkurangan. Syukur..”
Kak Zah (Penghidap kencing manis), Bandar Pasir Puteh, Kelantan

”Semasa mengandung, saya menderita kerana disahkan menghidap penyakit buah pinggang. Tanpa membuang masa, ayah saya terus memperkenalkan produk Goji Soya & Eucommia Leaf Tea sepanjang tempoh itu. Saya telah mencuba sebanyak dua kotak Goji Soya & sekotak Eucommia Leaf Tea. Hasilnya, penyakit saya beransur pulih & selamat melahirkan anak. Terima kasih Health Builders..”
Shasha Bt Zainuddin (Penghidap buah pinggang), Kelantan
  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

KETUMBUHAN DALAM OTAK (BRAIN TUMOR)
Sejak umur 8 bulan, saya selalu sakit. Pandangan menjadi kabur serta tidak jelas. Teraba-raba, tak macam kanak-kanak normal. Masa umur 1 tahun, doktor kesan dan bagi tau, ada ketumbuhan dalam otak (brain tumor). Ia akan menjejaskan mata dan pandangan saya. Dia suruh saya ‘operate’.

Pembedahan pertama di bahagian hidung dibuat masa umur 1 tahun. Lepas 2 bulan, pembedahan kali kedua di atas dahi pulak. Masa tu, buat rawatan ‘chemotherapy’. Akibatnya, mata kiri terjejas teruk, lama-lama tak nampak langsung. Mata kanan pun kabur.

Umur 11 tahun, saya buat pembedahan ketiga. Dan umur 16 tahun, keempat. Masa buat rawatan susulan, doktor pakar beritahu keadaan mata saya bertambah teruk.

Pada bulan Disember 2007, datuk saya terbaca tentang khasiat ‘Goji’ dalam katalog Health Builders. Sebelum berangkat ke Mekah, atuk telah membeli 4 kotak Goji Soya. Atuk pesan kepada saya untuk amal minumnya pagi dan petang.

Pada 22 Februari 2008, masa buat pemeriksaan susulan, doktor beritahu keadaan mata saya bertambah baik. Dia juga bagi tau saya kena tukar cermin mata yang saya pakai kepada yang baru. Hanya kurang 2 bulan amal minumnya, saya dah rasa ada perubahan.

Sekarang pandangan saya bertambah baik, saya juga rasa bertenaga. Saya akan terus minumnya. Goji Soya Health Builders baik untuk kesihatan, terutama untuk kanak-kanak.

Mohammad Muslihuddin Bin Nahizan Hj Tohid Othman (datuk)
Tel: 019-2707486

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

KANSER OTAK
Asalnya kanser hidung. Selama 2 tahun, saya hidap selsema. Tidur malam, hidung tersumbat. Bila cuaca panas, hidung berdarah. Saya suspek resdung. Pada 2004, keadaan tambah kronik. Mata sebelah kanan rasa gatal, berpinar dan kabur, lepas tu hilang penglihatan. Hidung masih berdarah.

Saya jumpa pakar di HKL. Saya disyor membuat ‘radiotherapy’ sebanyak 33 kali. Lepas 5 sesi, saya tak boleh makan langsung. 4 bulan, saya tak sentuh nasi. Sungguh menyeksakan!

Bulan April, masa membuat rawatan bulanan E.N.T, doktor berjaya mengesan sesuatu – penyakit yang saya hadapi telah merebak ke otak. Saya disyor membuat ‘chemotherapy’ pula sebanyak 6 kali.

Semasa membuat ‘chemo’, kawan saya telah mengesyorkan ‘Goji’, Eucommia Leaf Tea, dan Minyak Kelapa Dara Health Builders. 3 hari selepas mengambilnya, mata kanan saya mula berdenyut-denyut. Keadaan badan saya juga penuh bertenaga. Memang di luar jangkaan saya!

Doktor juga mengesahkan keadaan penyakit saya bertambah baik. Masa ‘chemo’, saya tak rasa muntah, rambut pun tak gugur. Produk ‘Goji’, Eucommia Leaf Tea dan Minyak Kelapa Dara Health Builders memang berkesan!

Terima kasih kepada Encik Mohd Zaki Abnan, yang telah memperkenalkan produk hebat tersebut kepada saya. Juga terima kasih kepada Health Builders.

Muhd Shahril Bin Kamaruzzaman
Tel: 017-2415403

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

G6PD (Daya Tahan Darah Tidak Kuat)
Anak saya hidap G6PD sejak lahir. Penyakit keturunan ini mengakibatkan darah cepat pecah. Dia tidak boleh makan jenis-jenis kekacang, ubat sembarangan, atau terdedah pada ubat nyamuk. Kalau makan atau terkena ubat nyamuk, matanya akan bertahi, berkudis di badan dan cepat luka bila kena garu. Saya terpaksa beri lebih tumpuan kepadanya.

Masa umur 2 tahun, saya bagi anak saya minum Goji Soya Health Builders, setelah diperkenalkan oleh seorang Stokis. Selepas beri minum hanya 2 kali, saya nampak ada perubahan. Tindak balasnya ketara. Banyak kudis timbul, nanah keluar.

Melihatkan tanda yang positif, saya terus bagi anak saya minum. Lebih kurang 3 bulan, kesihatannya bertambah baik. Sekarang kalau luka bila digaru, ia akan cepat baik; kudis pun tak ada lagi.

Goji Soya Health Builders hebat!

Muhammad Abbas Bin Azhar, 2 tahun 10 bulan
Mariam Abd ghani (ibu)
Tel: 013-9042544

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

TIDAK BERMAYA, TIDAK BERTENAGA
Sebelum ini, saya selalu rasa letih dan tidak sihat. Sakit kepala, sakit urat saraf, demam dan batuk. Hari pertama minum produk Goji Health Builders, saya rasa perubahan. Muka saya jadi merah lepas setengah jam. Keadaan saya bertambah baik. Segar, cergas, tidak letih malah sihat dan bertenaga.

Produk Goji Health Builders mempunyai khasiat kebaikan dan berkesan.

Shamsuddin Arshad
Tel: 019-2570211

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

SLIPPED DISC (Masalah Kedudukan Tulang Belakang Serius)
Dulu, saya menderita masalah ‘Slipped Disc’. Akibatnya saya mengalami masalah lemah tenaga batin; sebelah kaki pula diserang penyakit saraf. Dari peha hingga ke hujung jari kaki, ia mengecil dan mengecut. Lebih menakutkan, doktor mengesahkan bahawa ia tidak akan pulih.

Saya disyor minum produk Goji Health Builders. Selang beberapa hari, saya rasa ada perubahan. Rasa sakit di bahagian tulang belakang mula beransur hilang. Saya bertambah sihat, cergas dan bertenaga. Kaki saya yang mengecut jadi seperti normal. Hingga hari ini, saya masih mengamalkannya.

Saya akan terus minum produk Goji sebagai makanan kesihatan utama. Goji Health Builders memang berkesan!

Mohd Sham Abdullah
Tel: 016-3248432

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

SAKIT PINGGANG DAN CEPAT LETIH
Dulu, masa membuat kerja berat, saya selalu sakit pinggang dan cepat letih. Seorang kawan beri produk Goji Health Builders. Saya minum 3 hari berturut-turut. Pada hari keempat, pinggang saya rasa sengal dan sakit. Kawan tadi beritahu ia adalah proses penyembuhan.

Pada hari kelima, bila bangun dari tidur, saya rasa segar, bertenaga. Pinggang tidak rasa sakit. Selalunya bangun pagi pinggang, sendi dan urat saraf terasa ngilu dan sakit. Sekarang saya boleh buat kerja berat. Say juga penuh bertenaga.

Terima kasih Health Builders di atas penemuan khasiat dan faedah Goji. Produk hebat ini telah menjadikan saya daripada seorang yang selalu keletihan kepada seorang yang sihat, bertenaga.

Mohd Ramli Baharoom
Tel: 012-2441945

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

Dalam keheningan pagi, Dr Shengyuan Lei telah selesai membuat perjalanan hariannya sepanjang tiga-batu. Kemudiannya beliau akan menghabiskan satu jam untuk bertafakur dan yoga sebelum beliau berjumpa dengan pesakit-pesakitnya. Dr Lei berusia 103 tahun ! Ini amat luar biasa tetapi usia Dr Lei yang sebegitu bukanlah di luar kebiasaan. Ramai penduduk di bandar itu hidup dengan kehidupan yang produktif melewati usia 100 tahun. Mereka mempercayai memakan buah Goji setiap hari merupakan satu-satunya faktor utama yang membuatkan mereka luar biasa sihat dan panjang usia.

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

Ma Wangshi berusia 121 tahun . Beliau gemar berkebun setiap hari dan lebih suka menaiki anak tangga tanpa bantuan. Kanak-kanak lelaki yang bersamanya ini merupakan cicit-cicit-cucu beliau! Ma suka memakan buah Goji sejak dari kanak-kanak lagi. Beliau boleh mengingati lagi saat pertama kalinya perayaan buah Goji diadakan di kampungnya yang kecil, setelah 100 tahun lalu! Ma akan membawa cucunya ke perayaan buah Goji pada tahun hadapan

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
 

Hongzhang dan isterinya berusia 110 tahun . Penglihatan mereka masih tajam dan masih mempunyai semua gigi, mereka juga tidak pernah sakit sejak bertahun-tahun. Salah satu aktiviti kegemaran mereka ialah pergi kepasar. Mereka berdua memakan buah Goji setiap hari. Wan Hongzhang menjual buah Goji yang kering kepada peniaga tempatan. Serbuk Goji beliau dikenali kerana berkualiti luar biasa. Beliau memaklumkan rahsia serbuk Gojinya telah diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

  ---------------------------------------------------------------------------------------------
   

Teh Rooibos
Rangkaian Goji
& Lain-lain
 
Laman Utama  |    Syarikat Kami   |   Peluang Perniagaan  |   Produk      |   Info Produk    |  Testimoni  |  Muat Turun   |  Berita dan Aktiviti   |  Hubungi Kami   |   Pertanyaan
Copyright © 2009 Health Builders (M) Sdn. Bhd. Web Designed by Maximus System Solutions.