Laman Utama Hubungi Kami
Language

Content on this page requires a newer version of Adobe Flash Player.

Get Adobe Flash player

PENGEDAR DAN STOKIS  
   

 

Terima kasih kami ucapkan kepada anda yang melayari laman web baru kami.

Kami berharap anda akan memperoleh banyak faedah dan informasi yang dapat membantu dalam urusan harian anda ketika menjalani bisnes bersama kami.

Tahun 2009 adalah tahun yang mencabar. Kita sedia maklum bahawa keadaan ekonomi global sedang mengalami krisis yang membimbangkan. Bagi menghadapi situasi yang tidak menentu ini, kerajaan mengambil inisiatif dengan memperuntukkan RM60 bilion dalam pakej kedua. Tujuannya ialah bagi merangsang kegiatan ekonomi dan mengelak negara daripada terjejas teruk oleh krisis ekonomi dunia yang disifat paling buruk dalam tempoh 70 tahun.

Pakej rangsangan menyeluruh menjangkau lebih banyak sektor dan kumpulan sasaran. Ia tertumpu kepada 4 teras iaitu mengurangkan penggangguran dan menambah peluang pekerjaan, meringankan beban rakyat, membantu sektor swasta menghadapi krisis ekonomi semasa dan membina keupayaan masa depan.

 

Di Health Builders, kami sentiasa memberi peluang untuk anda menjadi usahawan yang berjaya. Anda tidak perlu modal yang banyak untuk memulakan perniagaan bersama kami. Apa yang penting ialah keazaman, keyakinan dan komitmen.

Dengan ciri-ciri seperti yang disebut tadi, anda sebenarnya sedang menuju untuk menjadi seorang usahawan … yang berkerjaya dan berjaya. Kami telah melahirkan ramai usahawan yang kini selesa dengan pendapatan mereka; tidak lupa kesihatan mereka juga.

Walaupun keadaan ekonomi agak gawat, bisnes di Health Builders tetap diteruskan. Ini kerana para pengedar kami percaya bahawa selain dapat turut bantu menyumbang kepada ekonomi mereka, ia juga dapat menyumbang kepada ekonomi negara. Selain itu, mereka juga dapat menikmati khasiat keberkesanan daripada produk-produk hebat kami.

Itulah hebatnya bisnes di Health Builders – memantapkan ekonomi keluarga, menikmati khasiat produk yang berkualiti, membantu masyarakat samada dari segi kewangan mahupun kesihatan, dan akhirnya, turut bantu menyumbang kepada ekonomi negara.

Marilah kita bersama menikmati peluang keemasan yang sukar dicari ini. Di Health Builders, semuanya bukan lagi impian. Raihlah semahunya. Kenyataannya telahpun terbukti.

Jumpa anda di puncak kejayaan!

 
  Prinsip asal, asas kejayaan kami

Jualan langsung adalah satu industri yang penuh dengan cabaran. Disebabkan bersangkut-paut dengan orang ramai, ia perlulah mengikut kehendak dan permintaan serta mengikut trend semasa. Selama lebih satu dekad, kami bukan sahaja berjaya bertahan, malah secara agresif, turut berkembang dalam industri yang kian menjadi pilihan para usahawan. Apakah rahsia kami? Ya, prinsip asal 5E untuk produk dan 5M untuk pelan pemasaran adalah asas kejayaan kami

5E untuk produk
  • Excellent quality (kualiti cemerlang)
  • Extraordinary value (nilai hebat)
  • Effective (berkesan)
  • Environment-friendly (mesra alam)
  • Easily affordable (mampu dibeli)

    5M untuk pelan pemasaran
  • Making money easily (untung dan lumayan)
  • More people benefit (ramai nikmati faedah)
  • Multiply effort easily (ganda rangkaian dengan usaha minimum)
  • Maintenance low (pengekalan rendah)
  • Motivate to join and sponsor (motivasi untuk serta dan taja)
  • Komitmen kami ialah untuk menyediakan perkhidmatan terbaik bagi membolehkan anda berjaya dalam jualan langsung. Bagaimanapun, anda juga mesti ada komiten. Anda mestilah komited dalam melakukan perkara-perkara seperti berikut:

    • Tetapkan matlamat
    • Sediakan rancangan bagi mencapai matlamat
    • Buat tindakan yang konsisten dalam menuju matlamat
    • Percaya pada diri dan matlamat anda
    • Mesti ada komitmen dalam mengikuti rancangan hingga berjaya

    Dengan komitmen daripada Pengedar dan pihak Pengurusan, membina kejayaan dan kesihatan pasti akan tercapai.

    Laman Utama  |    Syarikat Kami   |   Peluang Perniagaan  |   Produk      |   Info Produk    |  Testimoni  |  Muat Turun   |  Berita dan Aktiviti   |  Hubungi Kami   |   Pertanyaan
    Copyright © 2009 Health Builders (M) Sdn. Bhd. Web Designed by Maximus System Solutions.